Sunday, 30 October 2011
Alhamdulillah, pihak Uptown Center Kamunting mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yg Bhg Datuk Hj Shalimin dan YDP MPT Tuan Shaharom kerana bersusah payah datang ke tapak niaga Uptown Center Kamunting pada 28 Okt 2011 walaupun dalam keadaan hujan.

Ucapan Bersemangat Datok Hj Ahmad Shalimin

Pihak kami juga turut berterima kasih kepada semua yang telah turut hadir ke perasmian Uptown Center Kamunting ini dengan kerjasama Persatuan Anak Warisan Niaga, Taiping, Perak.

Pertubuhan Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping (PENAWAN) di wujudkan bagi mengalakkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SME) khususnya pada peringkat belia yang berumur di bawah 40 tahun. Sebagai contoh, UPTOWN CENTER KAMUNTING ini telah diusahakan oleh dua orang ahli dari Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping iaitu saudara Fadzli Osman dan saudara Wan Amirul Wan Ahmad yang telah bertungkus lumus mewujudkan tapak niaga ini dan menjemput kepada  semua peniaga-peniaga muda untuk turut serta bersama mereka ditapak ini. 


Bacaan Doa dari Ustaz Hazrol

Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, mengalu-alukan kepada seluruh peniaga untuk bergabung tenaga bagi bersama-sama duduk di bawah satu bumbung bagi mewujudkan sebuah komuniti aktif niaga, sejajar dengan visi Perdana Menteri kita di dalam “Economic Transformation Plan, ETP”.
Potongan Belon oleh Datok Hj Shalimin 

Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping juga mengalu-alukan dari pihak Ibu Tunggal untuk berkerjasama dengan pihak penganjur  di tapak Uptown Center Kamunting ini. Di samping itu, pelbagai aktiviti  menarik akan disediakan di tapak ini bagi menggalakkan para pengunjung dan dapat menjanakan ekonomi, khususnya kepada kaum ibu tunggal dan umumnya kepada penduduk setempat.

Walaupun hujan lebat, ramai pengunjung turut bersama-sama kami di Uptown Kamunting Center

UPTOWN CENTER KAMUNTING juga bakal dijadikan sebuah pusat hentian pelancong (One Stop Center) dan menikmati  aktiviti jualan malam di sebuah Bandar Warisan, Taiping. Rata-rata, kita lihat di Taiping ini, banyak hotel-hotel telah wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan, situasi ini adalah sangat baik kerana kita dapat menjemput pelancong-pelancong dari luar untuk datang dan dapat menjanakan ekonomi setempat. UPTOWN CENTER KAMUNTING ini, dengan berkonsepkan rehat dan  santai dapat menjadikan salah sebuah pusat bagi pelancong-pelancong untuk datang membeli belah. Kami dari pihak pengurusan persatuan juga berharap agar, penduduk Taiping ini lebih cenderung dalam sektor perniagaan dan mengambil peluang di UPTOWN CENTER KAMUNTNG bagi menambah pendapatan masing-masing. 

Peniaga-peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING di Laluan Kamunting 1

Peniaga menanti VIP hadir ke tapak niaga mereka

Ketibaan VIP

Ketibaan VIP


0 comments:

Uptown Center Kamunting Facebook

Lokasi Kami


View UPTOWN CENTER KAMUNTING in a larger map
Uptown Center Kamunting. Powered by Blogger.

Pengunjung

PENAWAN TPG

Bunting

Bunting