Monday 31 October 2011
Lelong santai hari Ahad malam, semua dah rilek-rilek kerana telah penat dengan Majlis Perasmian UCK pada hari sebelumnya. Walaupun hari Ahad (esok sudah kerja), tetapi masih ada pengunjung ke UCK, kerana ramai yang menanti acara Lelong harga runtuh.



Gambar diambil Selepas Maghrib, pengunjung mula memenuhi peniaga UCK

Pengunjung dari UK juga turut serta ber"shopping" di UCK

 Kain tudung di lelong dengan harga RM8 sehelai!
Sunday 30 October 2011
Alhamdulillah, pihak Uptown Center Kamunting mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yg Bhg Datuk Hj Shalimin dan YDP MPT Tuan Shaharom kerana bersusah payah datang ke tapak niaga Uptown Center Kamunting pada 28 Okt 2011 walaupun dalam keadaan hujan.

Ucapan Bersemangat Datok Hj Ahmad Shalimin

Pihak kami juga turut berterima kasih kepada semua yang telah turut hadir ke perasmian Uptown Center Kamunting ini dengan kerjasama Persatuan Anak Warisan Niaga, Taiping, Perak.

Pertubuhan Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping (PENAWAN) di wujudkan bagi mengalakkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SME) khususnya pada peringkat belia yang berumur di bawah 40 tahun. Sebagai contoh, UPTOWN CENTER KAMUNTING ini telah diusahakan oleh dua orang ahli dari Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping iaitu saudara Fadzli Osman dan saudara Wan Amirul Wan Ahmad yang telah bertungkus lumus mewujudkan tapak niaga ini dan menjemput kepada  semua peniaga-peniaga muda untuk turut serta bersama mereka ditapak ini. 


Bacaan Doa dari Ustaz Hazrol

Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, mengalu-alukan kepada seluruh peniaga untuk bergabung tenaga bagi bersama-sama duduk di bawah satu bumbung bagi mewujudkan sebuah komuniti aktif niaga, sejajar dengan visi Perdana Menteri kita di dalam “Economic Transformation Plan, ETP”.
Potongan Belon oleh Datok Hj Shalimin 

Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping juga mengalu-alukan dari pihak Ibu Tunggal untuk berkerjasama dengan pihak penganjur  di tapak Uptown Center Kamunting ini. Di samping itu, pelbagai aktiviti  menarik akan disediakan di tapak ini bagi menggalakkan para pengunjung dan dapat menjanakan ekonomi, khususnya kepada kaum ibu tunggal dan umumnya kepada penduduk setempat.

Walaupun hujan lebat, ramai pengunjung turut bersama-sama kami di Uptown Kamunting Center

UPTOWN CENTER KAMUNTING juga bakal dijadikan sebuah pusat hentian pelancong (One Stop Center) dan menikmati  aktiviti jualan malam di sebuah Bandar Warisan, Taiping. Rata-rata, kita lihat di Taiping ini, banyak hotel-hotel telah wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan, situasi ini adalah sangat baik kerana kita dapat menjemput pelancong-pelancong dari luar untuk datang dan dapat menjanakan ekonomi setempat. UPTOWN CENTER KAMUNTING ini, dengan berkonsepkan rehat dan  santai dapat menjadikan salah sebuah pusat bagi pelancong-pelancong untuk datang membeli belah. Kami dari pihak pengurusan persatuan juga berharap agar, penduduk Taiping ini lebih cenderung dalam sektor perniagaan dan mengambil peluang di UPTOWN CENTER KAMUNTNG bagi menambah pendapatan masing-masing. 

Peniaga-peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING di Laluan Kamunting 1

Peniaga menanti VIP hadir ke tapak niaga mereka

Ketibaan VIP

Ketibaan VIP


Tuesday 25 October 2011

Kami dari pihak penganjur UPTOWN CENTER KAMUNTING menjemput anda supaya menghadiri ke Majlis Perasmian Uptown Center Kamunting & Pelancaran Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, Perak, pada:-


Hari : Jumaat
Tarikh       : 28 Oktober 2011
Masa        : 5.30 pm – 7.00 pm


Tentatif Acara:-


5.30 pm - 5.45 pm    : Kehadiran VIP Yg Bhg Datuk Hj Ahmad Shalimin  Bin Ahmad Shafie dan YDP Tuan Shaharom Abd Malik

5.45 pm – 5.50 pm   : Kata-Kata Aluan dari Pengerusi Majlis

5.50 pm – 6.00 pm   : Bacaan Doa

6.00 pm – 6.10 pm   : Ucapan dari Pengerusi Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, Perak

6.10 pm – 6.20 pm   : Perlancaran Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, Perak dari Yg Bhg Datuk Hj Shalimin Bin Ahmad Shafie

6.20 pm – 6.30 pm   : Perasmian Uptown Center Kamunting oleh YDP Tuan Shaharom Abd Malik

6.30 pm – 6.45 pm   : Upacara memotong belon

6.45 pm – 7.00 pm   : Makan petang VIP dan membeli belah di tapak Uptown bermula.



Saturday 22 October 2011

PERSATUAN ANAK WARISAN NIAGA TAIPING
PENAWAN TPG


Kami telah berjaya mendaftar PENAWAN TPG dan menggalakkan kesemua peniaga-peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING bagi menjadi ahli kepada PENAWAN. Nantikan pelbagai aktiviti Persatuan kepada anda! dengan hanya yuran RM10 seumur hidup.


Tuesday 18 October 2011

Perasmian UPTOWN CENTER KAMUNTING dan Pelancaran Persatuan Anak Warisan

Pertubuhan Persatuan Anak Warisan Niaga (PENAWAN) di wujudkan bagi mengalakkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SME) khususnya pada peringkat belia yang berumur di bawah 40 tahun. Dengan mengusahakan UPTOWN CENTER KAMUNTING bagi menjadikan sebuah platform khususnya kepada peniaga muda supaya lebih cenderung di dalam bidang perniagaan. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan di UPTOWN CENTER KAMUNTING bagi menggalakkan para pengunjung.

Selain daripada menggalakkan peniaga, UPTOWN CENTER KAMUNTING juga akan menjadikan sebuah pusat hentian bagi pelancong menikmati aktiviti pasar malam di sebuah Bandar Warisan, Taiping. Pelbagai aktiviti yang bakal akan di lakukan di tapak niaga rata-rata bertujuan mengaktifkan tapak niaga bagi menggalakkan bakal pengunjung dari Taiping mahupun dari luar Daerah Larut Matang & Selama. Rentetan dari itu, pihak penganjur akan cuba menjadikan sebuah tapak pasar malam di Kamunting, Taiping sebagai sebuah pusat pelancong.

Pada 28 Oktober 2011, pada jam 5.30 UPTOWN CENTER KAMUNTING ini, akan bakal dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Taiping serta Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Dato Shalimin dan bersama-sama Pengerusi PERSATUAN ANAK WARISAN NIAGA akan menlancarkan aktiviti pertama di tapak UPTOWN CENTER KAMUNTING. Semoga kerjasama pihak tuan untuk menghadiri program bersama rakyat ini terlaksana.


Disediakan Oleh:

MOFASA EVENT MANAGEMENT
Wan Amirul : 012 549 6387 Fadzli : 013 412 7788


Monday 17 October 2011
Pada 17 Oktober 2011 jam 3.00 pm kami telah memberi taklimat pertama kepada para peniaga. Sambutan dari pihak peniaga sangat menggalakkan. Kerjasama diantara pihak peniaga dan penganjur amat membantu bagi melancarkan UPTOWN CENTER KAMUNTING.

Khusuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh saudara Fadzli


Para peniaga yang terawal telah menempah tapak yang paling sesuai


Peniaga dari kaum wanita turut serta dan bakal menjadi peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING


 Kesemua peniaga dari pelbagai jenis perniagaan memahami konsep terbaru UPTOWN CENTER KAMUNTING



Saturday 15 October 2011

Gambar hiasan

Kepada bakal-bakal pengunjung dan para peniaga, UPTOWN CENTER KAMUNTING menggunakan cara SMS sebagai cara kami mempromosikan premis tapak niaga dan juga mempromosikan produk-produk dan aktiviti yang bakal berlangsung di UPTOWN CENTER KAMUNTING.

Jangan terkejut, pihak kami akan menghantar SMS sebanyak 20,000 sms dalam masa serentak ke no. telefon dalam kawasan sekitar Taiping dan Kamunting.
Setiap SMS ini adalah percuma kepada semua penerima dan tiada bayaran caj balik.

Nantikan SMS dari kami!!
Saturday 8 October 2011
Pengumuman bagi setiap peniaga tapak premis UPTOWN CENTER KAMUNTING, sila menghantar borang permohonan tapak niaga secepat yang mungkin! Tarikh akhir bagi pendaftaran perniagaan di UPTOWN CENTER KAMUNTING:


Tarikh : 19 Oktober 2011


Cara-cara mendapatkan tapak niaga UPTOWN CENTER KAMUNTING:
1. Download borang pendaftaran di http://uptown-center.blogspot.com
2. Sila submit borang pendaftaran kepada penganjur (Wan Amirul/Fadzli).
3. Bank-in kos keseluruhan pendaftaran tapak premis.
4. Beri semula slip bank-in kepada pihak penganjur.
5. Dapatkan Resit, Surat Perjanjian daripada pihak penganjur.


Sebarang Maklumat lanjut, sila hubungi:-


Wan Amirul 012 549 6387
- Fadzli 013 418 7788 / 013 412 7788
Sunday 2 October 2011
Salah satu program yang bakal kami anjurkan di Tapak Uptown Center Kamunting
Program membida ini terdiri daripada pelbagai jenis barang dari pihak peniaga mahupun sesiapa sahaja di benarkan untuk menjual produk mereka!
Sertai Program Kami, kepada setiap pengunjung berpeluang untuk membida dengan pelbagai jenis produk...

Saturday 1 October 2011


Coming Soon at Uptown Center Kamunting



PS2 PES League

Great Games!

Great Sportsmanship! 


Great Prizes!.. 

Thursday 29 September 2011
Pihak penganjur telah menyiapkan blog http://uptown-center.blogspot.com dengan wajah baru dan semangat yang lebih jitu. Pihak penganjur juga sedang sibuk menyediakan banner, bunting, baju bagi dan pelbagai lagi peniaga-peniaga dan bakal pengunjung ketika ini. Semoga anda semua sabar menanti kedatangan kami...
Monday 26 September 2011

Pelan Tapak Niaga mengikut Section A, B, C dan D. Terbahagi mengikut jenis-jenis perniagaan di tapak UPTOWN CENTER KAMUNTING.


Pembahagian peniaga mengikut Section di tapak.

  • Section A : Barang-barang lelaki termasuk pakaian dan lain-lain
  • Section B : Barang-barang perempuan termasuk pakaian, aksessori dan lain-lain
  • Section C : Lain-lain barang termasuk makanan ringan seperti kerepek, alat permainan kanak-kanak dan lain-lain
  • Section D : Makanan ringan termasuk burger, roti john, air, wafer dan lain-lain


Kesemua borang hendaklah diisi dan diberi kepada pihak penganjur pada 29hb Sept 2011.

Peniaga hendaklah mengikut section-section yang telah disediakan oleh pihak penganjur.


Sebarang Maklumat lanjut, sila hubungi:-

  • Wan Amirul 012 549 6387 
  • Fadzly - 013 418 7788 / 013 412 7788
           



Saturday 24 September 2011
Do you guys know?


Open tin mining activity in the peninsula (1844)
Hill resort - Maxwell Hill (1844)
Swimming pool - Coronation Swimming Pool (1870)
Mosque - Masjid Tengku Menteri (1870)
Rest house (1870)
Artillery warehouse (1870)
Magistrate's court (1874)
Balai penghulu (1875)
Resident's house (1877)
Port - Port Weld (1877)
English school - Central School Kamunting (1878)
Police force (1879)
Government offices (1879)
Post and telegraph office (1880)
Lake gardens - Taiping Lake Gardens (1880)

Taiping General Hospital, private and government (1880)
Club - New Club (1880)
Club - Perak Club
Railway station and warehouse (1881)
Museum - Perak Museum (1883)
Market building - Taiping Markets (1884)
Prison - Taiping Gaol(1885)
Railway track - from Port Weld to Taiping (1885)
Turf club - Perak Turf Club (1886)
Anglican church - All Saints Church, Taiping (1886)
English girls' school - Treacher Methodist Girls' School (1889)
Clock tower - Taiping Clock Tower (1890)
Esplanade - Esplanade (1890)
Malay newspaper - Seri Perak (June 1893)
English newspaper - Perak Pioneer (July 4, 1894)
Tamil newspaper - Perak Verthamani (1894)
Armed Forces - Malay States Guides (1896)
Teaching college - Maktab Perguruan Melayu
Ceylon association (1899)
Punjabi association - Khalsa Diwan Malaya Association (1903)
Indian association (1906)
Recreation park - Coronation Park (1920s)

Airfield - Tekah Airport (1930)
Golf Club (some claimed in Southeast Asia)
Library - Perpustakaan Merdeka
Fire brigade



Source~http://en.wikipedia.org/wiki/Taiping,_Perak#40_.22Firsts.22_of_Taiping
Friday 23 September 2011
Setelah pihak penganjur berbincang bersama-sama pihak peniaga dan MPT sendiri, kami sebulat suara bersetuju untuk melancarkan UPTOWN CENTER KAMUNTING pada 28 OKTOBER 2011 bermula pada jam 6.00 ptg hingga 2.00 pagi. Happy Shopping!!!

RSVP didalam Facebook page!

--> MAJLIS PELANCARAN UPTOWN CENTER KAMUNTING <--


Facebook page UPTOWN CENTER KAMUNTING


--> UPTOWN CENTER KAMUNTING FACEBOOK <--


Tarikh submit borang kepada pihak penganjur bermula pada 29hb September 2011

Wednesday 21 September 2011
Ini ada sebahagian kajian yang telah kami lakukan untuk di kongsikan bersama-sama. Mudah-mudahan dapat membantu...

Kategori Food Court

1. Bomba - Yong Tau Fu (power)

2. Cashier Market -

    2.1 Mee Kombat 

    2.2 Kalau sebelah side gerai Non-Halal ada kuetiaw kangkang

    2.3 Ais Kacang Special Dlm Taiping, Black Mountain, White, Black, Bo Bo Cha Cha, etc.

3. Tesco - Takdak yg best

4. Sebelah Petronas Kamunting - Bihun/kue tiaw sup murah

5. Batu 2 1/2 RnR - Tak tau apa best

6. Kaki Bukit Larut 

7. Sebelah padang Hospital Taiping (Breakfast)

8. KFP Kamunting - Tak tau apa yg best..

9. Medan Selera Stesyen Bas - Ada gerai Love Burger RM1.30

10. Plaza Perbandaran Taiping - Murtabak Syed - Murtabak sedap

11. Kedai depan Palaniapa Taiping (Lunch) - Lauk murah nak mampus

12. Wakaf Taiping - Bihun/Kue Tiaw Sup yg sedap

Kategori Gerai Tepi Jalan

1. Sepanjang jalan dalam Tmn Kaya - Tom Yam

2. Depan KTM - Mamak Kuang Ajaq

3. Depan kilang kopi area Batu 2 1/2  (Petang) - Pasembor

4. Sepanjang jalan Di Kamunting - Pun tak tau apa best...mostly Tom Yam

5. K.E. Corner Taiping - Tak tau apa best

6. Nasi Lemak Antarabangsa Jalan Tupai - Nasi lemak Mahal nak mampos!

7. Char Kue Tiaw Kpg Jambu

8. Mee Udang Port Weld (Dan sepanjang jalan ke Port Weld)

9. Lori bergerak dekat Public Bank Taiping - Burger not bad..

10. Bihun Sup Railway (Depan Railway - Breakfast) - Sedap.

11. Cendol Sebelah Bank Persatuan Taiping - Not Bad

12. Cendol Belakang Bank BSN Taiping - Not Bad


Kategori Restoran

1. Doli Tupai road - As usual kue tiaw

2. Seri Tupai Seafood Tupai Road- Tom Yam

3. Natrah Seafood Tupai Road- Tom Yam

4. Sejati Taiping- Tom Yam

5. Cherry Corner Asam Kumbang - Tom Yam

6. Sri Yala Simpang (Dan Sepanjang jalan Simpang- Changkat Jering) - Tom Yam

7. Selera Kampung (Pagi) Depan Hospital - Breakfast n lunch

8. Selera Malam Kamunting/Taiping - Tom Yam

9. Deena's Seafood Tupai/Kamunting - Tom Yam

10. Kamiria Aulong/Batu 4 K'ting - Tom Yam

11. Arahman Taiping/Kamunting/Kpg Boyan/Tupai - Mamak

12. Pelita Taiping Sentral - Mamak

13. Kadir Pasembor Taiping - Mamak

14. Rezeki Maju Tupai - Mamak

15. Bismillah Taiping - Mamak

16. Satey Kajang Taiping - Satey

17. Kantin Polis - Mamak

18. RK Aulong - Mamak

19. Haji Midin Simpang - Mamak - Murtabak sedap

20. Asam Pedas Kamunting (Lunch) - Asam pedas

21. Markisa Kpg Jambu - Tom Yam

22. Nagaria Taiping - Western

23. Eden Kamunting - Western

22. Kedai depan Cahsier Market (Lunch) Taiping - Makan Murah Nak Mampus (Tak tau nama
 
      kedai)

23. Kedai Mat Sin (Dalam Bangunan Arked Mara Taiping) - Kue Tiaw Grg Kuah Laksa!

24. Dangdut Air Kuning - Nasi Goreng Cendawan sedap

25. Bihun Sup Railway Kamunting - Sedap..


Kategori Kopitiam

1. Yut Sun Taiping - Chicken Chop

2. Gate Cafe Taiping - Tak tau apa best

3. Prima Cafe Taiping - Tunggu nak main snooker

4. Olden days Kpg Boyan/Tesco - Tak tau apa best

5. Old Town White Coffee Taiping Sentral - Tak tau apa best

6. 1 Station Taiping Sentral - Yestea


Kategori Franchise

1. KFC Kamunting/Taiping/Giant/Tesco - Ayam

2. McDonald's Taiping Sentral

3. A&W Taiping Sentral

4. Pizza Hut Taiping

5. Sushi King Taiping Sentral(pork free) takdak sijil halal

6. Kenny Rogers Taiping Sentral


Kategori Pasar Malam

1. Pasar Malam Kamunting - Bihun/kue tiaw sup murah dan seda
p...

2. Pasar Malam Air Kuning

3. Pasar Malam Changkat Jering

4. Pasar Malam Taman Kaya

5. Pasar Malam Batu 2 1/2

6. Pasar Malam Asam Kumbang

7. Pasar Malam Simpang

8. Uptown Batu 2 1/2

9. Downtown Taiping (Stesyen Road) - telah tutup -

10. COMING SOON - UPTOWN CENTER KAMUNTING!


Kategori Coffee House Hotel Taiping (Tak sure sijil halal ada atau tak)

1. Taiping Golf Resort (Golf View Terrace)- Buffet lunch/dinner not bad

2. SSL Traders - Tak tau apa best

3. Seri Malaysia - Tak tau apa best

4. Panorama - Fried rice sedap

5. Legend Inn - Tak tau apa best

6. Kamal lodge - Tak tau apa best

7. Flemington - Tak tau apa best
Gambar Hiasan

Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga di tapak UPTOWN CENTER KAMUNTING sila download di sini:


Diwajibkan bagi setiap peniaga untuk menyertai PERSATUAN ANAK WARISAN TAIPING. Sila dapatkan borang keahlian PANWT pada pautan di bawah:


Gambar Hiasan

Keistimewaan Peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING
  1. Sewa semurah RM 250.00 Sebulan bagi setiap tapak
  2. 3 hari seminggu bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
  3. Peniaga akan disediakan Canopy 10 x 10 beserta lampu
  4. Setiap minggu pihak penganjur akan menggunakan sistem SMS kepada penduduk setempat bagi mempromosikan barang jualan peniaga
  5. Setiap minggu pihak penganjur akan mengadakan Event  yang menarik!
  6. Dimuatkan di dalam Stesyen Radio 3 Ipoh dan pihak akhbar tempatan
  7. Melancarkan WEBTV bagi aktiviti setiap minggu UPTOWN CENTER KAMUNTING 
  8. Kemudahan kenderaan awam bagi membawa pengunjung
  9. Lokasi strategik di Kamunting (bersebelahan Pejabat Gamuda Kamunting, Taiping)

Jangan lepaskan Peluang Anda untuk beniaga!


Pastikan anda menghubungi pihak penganjur bagi setiap borang yang telah diisi, bagi mendapat tindakan susulan:

  • Wan Amirul : 012 - 549 6387
  • Fadzly : 013 - 418 7788 / 013 - 412 7788
           

Tarikh submit borang kepada pihak penganjur bermula pada 29hb September 2011

Uptown Center Kamunting Facebook

Lokasi Kami


View UPTOWN CENTER KAMUNTING in a larger map
Uptown Center Kamunting. Powered by Blogger.

Pengunjung

PENAWAN TPG

Bunting

Bunting