Monday, 31 October 2011
Lelong santai hari Ahad malam, semua dah rilek-rilek kerana telah penat dengan Majlis Perasmian UCK pada hari sebelumnya. Walaupun hari Ahad (esok sudah kerja), tetapi masih ada pengunjung ke UCK, kerana ramai yang menanti acara Lelong harga runtuh.



Gambar diambil Selepas Maghrib, pengunjung mula memenuhi peniaga UCK

Pengunjung dari UK juga turut serta ber"shopping" di UCK

 Kain tudung di lelong dengan harga RM8 sehelai!
Sunday, 30 October 2011
Alhamdulillah, pihak Uptown Center Kamunting mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yg Bhg Datuk Hj Shalimin dan YDP MPT Tuan Shaharom kerana bersusah payah datang ke tapak niaga Uptown Center Kamunting pada 28 Okt 2011 walaupun dalam keadaan hujan.

Ucapan Bersemangat Datok Hj Ahmad Shalimin

Pihak kami juga turut berterima kasih kepada semua yang telah turut hadir ke perasmian Uptown Center Kamunting ini dengan kerjasama Persatuan Anak Warisan Niaga, Taiping, Perak.

Pertubuhan Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping (PENAWAN) di wujudkan bagi mengalakkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SME) khususnya pada peringkat belia yang berumur di bawah 40 tahun. Sebagai contoh, UPTOWN CENTER KAMUNTING ini telah diusahakan oleh dua orang ahli dari Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping iaitu saudara Fadzli Osman dan saudara Wan Amirul Wan Ahmad yang telah bertungkus lumus mewujudkan tapak niaga ini dan menjemput kepada  semua peniaga-peniaga muda untuk turut serta bersama mereka ditapak ini. 


Bacaan Doa dari Ustaz Hazrol

Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, mengalu-alukan kepada seluruh peniaga untuk bergabung tenaga bagi bersama-sama duduk di bawah satu bumbung bagi mewujudkan sebuah komuniti aktif niaga, sejajar dengan visi Perdana Menteri kita di dalam “Economic Transformation Plan, ETP”.
Potongan Belon oleh Datok Hj Shalimin 

Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping juga mengalu-alukan dari pihak Ibu Tunggal untuk berkerjasama dengan pihak penganjur  di tapak Uptown Center Kamunting ini. Di samping itu, pelbagai aktiviti  menarik akan disediakan di tapak ini bagi menggalakkan para pengunjung dan dapat menjanakan ekonomi, khususnya kepada kaum ibu tunggal dan umumnya kepada penduduk setempat.

Walaupun hujan lebat, ramai pengunjung turut bersama-sama kami di Uptown Kamunting Center

UPTOWN CENTER KAMUNTING juga bakal dijadikan sebuah pusat hentian pelancong (One Stop Center) dan menikmati  aktiviti jualan malam di sebuah Bandar Warisan, Taiping. Rata-rata, kita lihat di Taiping ini, banyak hotel-hotel telah wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan, situasi ini adalah sangat baik kerana kita dapat menjemput pelancong-pelancong dari luar untuk datang dan dapat menjanakan ekonomi setempat. UPTOWN CENTER KAMUNTING ini, dengan berkonsepkan rehat dan  santai dapat menjadikan salah sebuah pusat bagi pelancong-pelancong untuk datang membeli belah. Kami dari pihak pengurusan persatuan juga berharap agar, penduduk Taiping ini lebih cenderung dalam sektor perniagaan dan mengambil peluang di UPTOWN CENTER KAMUNTNG bagi menambah pendapatan masing-masing. 

Peniaga-peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING di Laluan Kamunting 1

Peniaga menanti VIP hadir ke tapak niaga mereka

Ketibaan VIP

Ketibaan VIP


Tuesday, 25 October 2011

Kami dari pihak penganjur UPTOWN CENTER KAMUNTING menjemput anda supaya menghadiri ke Majlis Perasmian Uptown Center Kamunting & Pelancaran Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, Perak, pada:-


Hari : Jumaat
Tarikh       : 28 Oktober 2011
Masa        : 5.30 pm – 7.00 pm


Tentatif Acara:-


5.30 pm - 5.45 pm    : Kehadiran VIP Yg Bhg Datuk Hj Ahmad Shalimin  Bin Ahmad Shafie dan YDP Tuan Shaharom Abd Malik

5.45 pm – 5.50 pm   : Kata-Kata Aluan dari Pengerusi Majlis

5.50 pm – 6.00 pm   : Bacaan Doa

6.00 pm – 6.10 pm   : Ucapan dari Pengerusi Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, Perak

6.10 pm – 6.20 pm   : Perlancaran Persatuan Anak Warisan Niaga Taiping, Perak dari Yg Bhg Datuk Hj Shalimin Bin Ahmad Shafie

6.20 pm – 6.30 pm   : Perasmian Uptown Center Kamunting oleh YDP Tuan Shaharom Abd Malik

6.30 pm – 6.45 pm   : Upacara memotong belon

6.45 pm – 7.00 pm   : Makan petang VIP dan membeli belah di tapak Uptown bermula.



Saturday, 22 October 2011

PERSATUAN ANAK WARISAN NIAGA TAIPING
PENAWAN TPG


Kami telah berjaya mendaftar PENAWAN TPG dan menggalakkan kesemua peniaga-peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING bagi menjadi ahli kepada PENAWAN. Nantikan pelbagai aktiviti Persatuan kepada anda! dengan hanya yuran RM10 seumur hidup.


Tuesday, 18 October 2011

Perasmian UPTOWN CENTER KAMUNTING dan Pelancaran Persatuan Anak Warisan

Pertubuhan Persatuan Anak Warisan Niaga (PENAWAN) di wujudkan bagi mengalakkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SME) khususnya pada peringkat belia yang berumur di bawah 40 tahun. Dengan mengusahakan UPTOWN CENTER KAMUNTING bagi menjadikan sebuah platform khususnya kepada peniaga muda supaya lebih cenderung di dalam bidang perniagaan. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan di UPTOWN CENTER KAMUNTING bagi menggalakkan para pengunjung.

Selain daripada menggalakkan peniaga, UPTOWN CENTER KAMUNTING juga akan menjadikan sebuah pusat hentian bagi pelancong menikmati aktiviti pasar malam di sebuah Bandar Warisan, Taiping. Pelbagai aktiviti yang bakal akan di lakukan di tapak niaga rata-rata bertujuan mengaktifkan tapak niaga bagi menggalakkan bakal pengunjung dari Taiping mahupun dari luar Daerah Larut Matang & Selama. Rentetan dari itu, pihak penganjur akan cuba menjadikan sebuah tapak pasar malam di Kamunting, Taiping sebagai sebuah pusat pelancong.

Pada 28 Oktober 2011, pada jam 5.30 UPTOWN CENTER KAMUNTING ini, akan bakal dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Taiping serta Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Dato Shalimin dan bersama-sama Pengerusi PERSATUAN ANAK WARISAN NIAGA akan menlancarkan aktiviti pertama di tapak UPTOWN CENTER KAMUNTING. Semoga kerjasama pihak tuan untuk menghadiri program bersama rakyat ini terlaksana.


Disediakan Oleh:

MOFASA EVENT MANAGEMENT
Wan Amirul : 012 549 6387 Fadzli : 013 412 7788


Monday, 17 October 2011
Pada 17 Oktober 2011 jam 3.00 pm kami telah memberi taklimat pertama kepada para peniaga. Sambutan dari pihak peniaga sangat menggalakkan. Kerjasama diantara pihak peniaga dan penganjur amat membantu bagi melancarkan UPTOWN CENTER KAMUNTING.

Khusuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh saudara Fadzli


Para peniaga yang terawal telah menempah tapak yang paling sesuai


Peniaga dari kaum wanita turut serta dan bakal menjadi peniaga UPTOWN CENTER KAMUNTING


 Kesemua peniaga dari pelbagai jenis perniagaan memahami konsep terbaru UPTOWN CENTER KAMUNTING



Saturday, 15 October 2011

Gambar hiasan

Kepada bakal-bakal pengunjung dan para peniaga, UPTOWN CENTER KAMUNTING menggunakan cara SMS sebagai cara kami mempromosikan premis tapak niaga dan juga mempromosikan produk-produk dan aktiviti yang bakal berlangsung di UPTOWN CENTER KAMUNTING.

Jangan terkejut, pihak kami akan menghantar SMS sebanyak 20,000 sms dalam masa serentak ke no. telefon dalam kawasan sekitar Taiping dan Kamunting.
Setiap SMS ini adalah percuma kepada semua penerima dan tiada bayaran caj balik.

Nantikan SMS dari kami!!

Uptown Center Kamunting Facebook

Lokasi Kami


View UPTOWN CENTER KAMUNTING in a larger map
Uptown Center Kamunting. Powered by Blogger.

Pengunjung

PENAWAN TPG

Bunting

Bunting